Nasional

Bajet 2022: Lebih 2 juta belia terima RM150 e-Start

LEBIH 2 juta belia akan menerima RM150 melalui Skim Transaksi Tanpa Tunai e-Start bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Kerajaan akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

“Dengan peruntukan RM300 juta ringgit, Kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran,” kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun
sebanyak RM900 ringgit sebulan seorang bagi tempoh enam bulan meningkat RM100 berbanding sebelum ini.

Tengku Zafrul berkata, sejak 2019, Kerajaan telah mula membayar elaun sebanyak RM900 ringgit kepada pelajar yang menjalani program latihan industri.

“Oleh itu, saya menyeru agar pihak swasta turut memberi elaun sekurang-kurangnya 900 ringgit atas khidmat pelajar tersebut,” katanya.

Sementara itu, Kerajaan turut bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran Lesen Kenderaan Motor kepada semua kenderaan persendirian yang dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya.-SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button