Agama

Muzakarah bincang guna surau untuk solat Jumaat

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas kali Ke-7 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia hari ini turut membincangkan penggunaan surau untuk solat Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, cadangan penggunaan surau dibincangkan bagi membolehkan lebih ramai umat Islam dapat bersolat Jumaat.

Tambahan pula menurut Dr. Zulkifli, Malaysia mempunyai banyak surau yang boleh digunakan untuk tujuan itu.

“Muzakarah yang dihadiri oleh semua Ashabus Samahah Mufti-Mufti dan Ahli-Ahli yang dilantik Majlis Raja-Raja membincangkan berkenaan cadangan kebenaran bagi surau untuk mendirikan solat Jumaat.

“Mengambil kira realiti Malaysia yang mempunyai bilangan surau yang banyak, usul tersebut diutamakan untuk dibawa bagi diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.

“Usaha ini diusulkan bagi membolehkan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat dalam tempoh ini,” katanya Dr. Zulkifli.

Ketika ini kerajaan telah membenarkan masjid untuk mula beroperasi dan membenarkan solat jemaah dan solat Jumaat dalam bilangan terhad bagi mengekang penularan virus Covid-19.-SM

 

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button