NasionalpilihanPolitik

Muzakarah 113 Cendekiawan Jadi Wadah Penyatuan Ummah Demi Kedaulatan Agama, Bangsa Dan Negara!

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Gerakan Pembela Ummah (Ummah) tampil menganjurkan Muzakarah 113 Cendekiawan demi menjunjung kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Bagi ummah, kegagalan mengekalkan kuasa politik Melayu Islam merupakan ancaman yang paling besar yang akan menganggu gugat kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Tambahan pula, permuafakatan dan penyatuan ummah adalah kunci paling penting bagi mengekalkan kuasa yang sudah bagaikan seperti ‘telur berada di hujung tanduk’.

“Muzakarah ini adalah wadah paling penting kepada masa depan negara dan persidangan akan menetapkan pancang-pancang utama yang akan dituntut.

“Pancang-pancang utama itu juga harus dipertahankan oleh mana-mana ahli politik dan parti yang menang sekali gus membentuk kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Melihat kepentingan itu, Ummah berpendapat persepakatan cendekiawan, pemuka melayu Islam dan pimpinan NGO perlu disegerakan untuk memuktamadkan beberapa tuntutan penting.

“Yang pasti tuntutan penting itu terkait rapat dengan wawasan dan gagasan negara pada masa hadapan agar kestabilan dan kedaulatan negara ini (Malaysia) terpelihara,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Ummah turut berkongsi objektif Muzakarah 113 Cendekiawan seperti berikut:

Objektif Muzakarah 113 Cendekiawan :

  1. Muzakarah ini menjadi Wadah Penyatuan Ummat demi kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara ;
  2. Mengangkat gagasan dan wawasan negara, peranan NGO sebagai ‘3rd force’ ;
  3. Menyelaras Resolusi Tuntutan NGO bagi memperkukuhkan kedaulatan dan agenda pembangunan negara.

Muzakarah 113 Cendekiawan merupakan sebuah program anjuran Ummah dengan kerjasama pelbagai NGO seperti MAPIM, MTEM, DAULAT, IGURU, PERKIM, PLM, GENG USTAZ, MAPPIM serta NGO-NGO Islam.

Muzakarah 113 Cendekiawan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh. : 12 Nov 2022 (Sabtu)
Masa. : 8.30 – 1.20 Tengahari
Tempat : Hotel IDEAS Jalan Raja Laut Kuala Lumpur

Tentatif Program

8.00 – 9.00 am Pendaftaran Sarapan
9.00 am – Ucapan Pengerusi Ummah
9.15 am – Pembentangan Tuntutan 15 Wakil NGO

1. Sdr Yazid Othman MTEM – Tuntutan Perkasa Ekonomi Rakyat dan Negara
2. Sdr Faizuddin MBIM – Tuntutan Belia Malaysia
3. Dato Mohammad bin Abdullah YDP PUM WP – Ciri-ciri Pemimpin Menurut Islam
4. Dato Nakhaie Ahmad – Tuntutan Membentuk Gelombang Dakwah Negara
5. Ust Dasuki Abdul Rani – Hak Berdakwah,Tahfiz, Pondok dan SAR, GU
6. Ybhg Cikgu Azmi Abdul Hamid – Tuntutan Memperkasa Pendidikan Islam UA dan US
7. Prof Dr Roslan Mohd Nor – Tuntutan Tolak Doktrin Basic Structure – DAULAT
8. Prof Ds Dr Awang Sariyan – Tuntutan Memartabatkan Bahasa Melayu
9. Dr Azizi
10. Ust Azizee Hassan – Tuntutan Memkasa Peranan Guru Dalam Pendidikan
11. Tan Sri Prof Ibrahim Abu Shah – Tuntutan Memkasa Pendidikan Tinggi
12. Pn Zaharah Sulaiman – Tuntutan Kembali Kekalkan Tanah Rezeb Melayu
13. Prof Dato Naser Disa – Tuntutan Pertahan Kedaulatan Negara-Patriotisme
14. Prof Dr Kamaruzaman Yusof (KAYU) – Analisis Kuasa Politik Melayu Islam
15. Prof Badlisham Mohd Nasir – Tuntutan Memkasa Penyatuan Ummah

11.45 am – Sumbangsaran peserta jemputan
12.45 pm – Pengumuman resolusi (Pengerusi Ummah)
12.50 pm – Sidang media
1.30 pm – Program bersurai dan makan tengahari.

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button