Politik

Utamakan pembentangan RUU Gangguan Seksual

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan agar mengutamakan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, jawapan yang diberikan di Dewan Rakyat  tidak memperincikan garis masa pelaksanaan RUU Gangguan Seksual.

Menurut Dr. Wan Azizah, undang-undang yang sedia ada hanya mengawal selia jenayah gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja tetapi sepatutnya merangkumi ruang awam agar ianya bersifat lebih menyeluruh.

“Untuk makluman, KPWKM sebelum ini telah menetapkan sidang Mac 2020 yang lalu untuk memperkenalkan RUU GS yang telah siap.

“Ia merangkumi definisi gangguan seksual yang lebih menyeluruh dan mekanisme pengaduan dan penyelesaian yang lebih efektif, elemen remedi dan penalti serta mengesyorkan piawaian beban pembuktian yang bersesuaian dan adil buat semua pihak yang terbabit,” kata Dr. Wan Azizah.

Menurut Dr. Wan Azizah, sesi parlimen Mac 2020 telah ditunda disebabkan penularan wabak Covid-19.

Oleh itu beliau  menggesa KPWKM agar mengutamakan pembentangan RUU ini secepat mungkin.

Ini kerana ketika pada masa ini kebanyakan mangsa yang melibatkan wanita, lelaki dan kanak-kanak) tidak mempunyai saluran yang tepat dalam membuat aduan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku.-SM

 

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button