Nasional

Pemulihan bekalan air di tiga wilayah capai 38.8%

PEMULIHAN bekalan air di 472 kawasan di tiga wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat telah mencapai tahap 38.8 peratus setakat pukul 9.00 pagi, Selasa.

Menurut infografik yang dikongsikan oleh Air Selangor di Twitter, Wilayah Petaling telah mencatatkan pemulihan sepenuhnya.

Manakala, Wilayah Hulu Langat mencatatkan peratusan pemulihan 54 peratus dan Kuala Lumpur pula mencatatkan 14.6 peratus.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang telah pulis menerusi laman sesawang https://t.co/Wvf5kBq8ze serta aplikasi Air Selangor.

Gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan dua loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas dan satu loji beroperasi pada pengeluaran separa berikutan peningkatan paras sungai yang mengakibatkan banjir.

Bagi LRA Langat 2, berlaku penutupan bekalan elektrik kecemasan di muka sauk Semantan yang mengakibatkan ketiadaan bekalan air di LRA Langat 2.

Di LRA Sg Langat, peningkatan paras kekeruhan air yang tinggi mengakibatkan LRA hanya mampu mengeluarkan 40% daripada pengeluaran harian manakala LRA Cheras Batu 11 terpaksa dihenti tugas berikutan banjir.

Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi di aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button