Ekonomi

SST Network perkenal dua perisian baharu untuk peniaga online, digital

SST Network, syarikat bumiputera yang menyediakan peluang perniagaan secara online di platform Shopee memulakan tahun
baharu 2020 dengan pengenalan dua perisian baharu bagi membantu meningkatkan daya saing para peniaga di media sosial.

Pengasas syarikat, Khairul Rizal Zulkafli berkata, berdasarkan kejayaan syarikat
memperkenalkan laman web kimon.my pada suku ketiga tahun lalu, ia kini melangkah lebih jauh untuk memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan baharu bagi meningkatkan kemudahan kepada para peniaga online.

Kimon.my akan memudahkan peniaga Shopee memasarkan produk, melaksanakan transaksi jualan dan belian selain menyediakan simpanan stok barangan.

Ia juga dapat membantu peniaga melancarkan urusan penghantaran produk
serta memantau bekalan stok dan menambahnya secara otomatik di platform
Shopee dengan mudah.

“Perisian baharu itu ialah Follower diperkenalkan pada bulan ini manakala satu
lagi perisian iaitu Kimon Viral akan dilancar pada pertengahan tahun 2020,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Khairul Rizal menjelaskan, Follower bertujuan untuk membantu peniaga
Shopee meningkatkan jualan melalui inisiatif menjadikan kedai masing-masing
di platform online lebih menarik.

“Ia telah menjalani kajian dan pembangunan sejak empat bulan lalu dan harga langganannya ialah serendah RM19 sebulan,” jelasnya.

Tambah beliau, bagi perisian keduanya iaitu Kimon Viral disasarkan kepada semua peniaga yang terlibat dalam perniagaan digital seperti peniaga produk digital, menjual e-book dan juga video tutorial serta tiket secara online.

Perisian ini akan membantu peniaga mempromosikan produk dan perkhidmatan secara tular dan melalui konsep tular itu, ia bakal meluaskan lagi penguasaan pasaran perniagaan tersebut.

“Jika promosi menjadi tular kepada lebih banyak pelanggan melalui sebaran ‘link’ yang disediakan oleh syarikat, maka kami bercadang untuk menawarkan baucar atau ganjaran kepada peniaga berkenaan.

“Sekali gus daripada kesan tular tersebut, syarikat akan menambah pangkalan datanya,” jelas beliau.

Khairul Rizal menerangkan, harga langganan untuk Kimon Viral ialah hanya serendah RM20 sebulan.

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan pelanggan untuk masing-masing perisian berkenaan ialah 100 usahawan setiap bulan.

“Lebih menarik, Kimon Viral ini boleh diketengahkan kepada pasaran antarabangsa kerana ia terbuka kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan
digital dan bukan hanya semata-mata kepada peniaga Shopee,” ujarnya.

Sementara itu, Khairul Rizal menjelaskan, syarikat kini telah melabur kira-kira
RM50,000 untuk projek pembangunan perisian baharu dan pelbagai inisiatif
untuk menambah baik perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggannya.

“Kami berharap tahun 2020 akan menjadi tahun yang menggalakkan untuk
syarikat mencari idea-idea baharu untuk meningkatkan daya saing peniaga
online dan memberi lebih banyak kemudahan kepada mereka untuk terus
menguasai perniagaan digital.

“Jenama Kimon diperkukuhkan di pasaran domestik dan buat masa perisian sedia ada mampu menghadapi permintaan yang sedang bertambah tetapi kami akan menambah bilangan modal insan untuk membolehkan syarikat mencapai misi yang dirancang,” jelasnya.

Mereka yang berminat untuk mendapat keterangan lanjut kimon.my dan mengenai dua perisian baharu tersebut , boleh menghubungi di talian 0162631700. – SM

(Visited 461 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button