Pembaca

Muruku pudina sambutan untuk Deepavali

Esok merupakan hari sambutan perayaan Deepavali bagi penganut agama Hindu

Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’ simbolik kepercayaan bahawa kecerahan akan mengatasi kegelapan, kebaikan akan mengatasi kejahatan, keadilan akan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan.

Bagi kaum India, tidak lengkap sekiranya tiada makanan tradisi iaitu Meruku. Bukan sahaja kaum India namun masyarakat lain juga turut menyukainya kerana kerangupan yang luar biasa.

Tidak kurang juga di India sangat popular dengan sambutan makanan muruku ini namun apa yang menarik perhatian di sana sedang popular Muruku berperisa Pudina atau dipanggil Pudina Chakri.

Tidak perlu terbang ke India, anda boleh lakukan sendiri di rumah, berikut adalah resepinya.
Bahan-bahan diperlukan
1) Sediakan satu bekas tepung beras
2) ½ Jintan manis
3) ½ Bijan
4) ½ cawan daun pudina
5) ½ Cawan yogurt
6) ½ air lemon
7) Minyak masak yang mencukupi.
8) Air secukupnya
9) Secubit masala.
Cara-cara untuk memasak.
1) Kisar daun pudina bersama pati lemon, untuk dapatkan air.
2) Kemudian sediakan satu bekas, masukan tepung beras, jintan manis, bijan dan yogurt.
3) Selepas itu masukan air yang telah dikisar tadi bersama.
4) Gaulkan sehingga sebati, masukkan minyak sedikit demi sedikit semasa menguli adunan tersebut.
5) Masukkan ke dalam acuan meruku, siap untuk digoreng dan dihidangkan kepada para tetamu. – SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button