Nasional

Arab Saudi hantar tiga pesawat penuh barangan bantuan ke Malaysia

RAJA Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah menghantar tiga buah pesawat penuh barangan perubatan berkaitan Covid-19 ke Malaysia.

Menurut Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dua buah pesawat telah tiba semalam dan sebuah lagi akan tiba hari ini.

“Baru lima hari lepas Penjaga Dua Masjid Suci, Baginda Raja Salman menitahkan supaya bantuan #COVID19 dihantar ke Malaysia, semalam ia telah tiba di tanah air menerusi dua buah pesawat.

“Manakala sebuah lagi akan tiba hari ini – tiga pesawat Saudia Airlines dihantar Kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan ini, alhamdulillah.

“InsyaAllah, tengahari nanti saya akan secara simbolik menerima sumbangan ini dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi. Nanti saya kongsi kepada semua,” Hishamuddin ringkas di media sosial.

Sebelum ini media melaporkan Raja Salman telah menitahkan menitahkan supaya King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID-19.

Hishammuddin berkata, bantuan disalurkan baginda itu merupakan satu penghormatan besar dan benar-benar melambangkan ketulusan Kerajaan Arab Saudi dalam menjalinkan persahabatan dengan Malaysia.

Barangan bantuan itu dihantar hasil perbualan Hishammuddin dengan Raja Salman melalui panggilan telefon.-SM

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button