Nasional

Murid Darjah 5 maut terkena tiang gol

Seorang murid darjah 5 maut selepas dihempap tiang gol yang tumbang di pekan Manggatal, Kota Kinabalu di sini semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari yang berlaku di SJK Cina Lok Yuk itu, mangsa berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Likas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian itu berlaku semasa aktiviti sukan tahunan sekolah di padang.

“Bapa mangsa yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada seorang guru sekolah yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Zaidi berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan.

Video berdurasi 14 saat kejadian itu telah tular di media sosial.

 

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button