Nasional

Pemberian dos vaksin cecah 19.5 juta

PEMBERIAN dos vaksin Covid-19 mencecah 19.502 juta sehingga semalam membabitkan 13.184 juta dos pertama dan 6.317 dos kedua.

Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) sebanyak 56.3 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima dos pertama manakala 27.0 peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Enam wilayah telah merekodkan lebih separuh orang dewasa di populasi tersebut telah memperoleh dos pertama.

Tertinggi di Labuan iaitu 90.8 peratus orang dewasa di Wilayah Persekutuan itu telah menerima dos pertama.

Diikuti Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (87.8 peratus), Sarawak (82.8 peratus), Negeri Sembilan (70 peratus), Perlis (60.1 peratus) dan Pulau Pinang (52.6 peratus).

Labuan turut mencatatkan peratus tinggi orang dewasa yang lengkap menerima kedua-dua dos iaitu 79.2 peratus.

Diikuti Sarawak (61.3 peratus), Sarawak (61.3 peratus) Perlis (41.1 peratus), Lembah Kelang (32.6 peratus) dan Negeri Sembilan (30.9 peratus).

Sementara itu semalam sejumlah 556,404 dos vaksin diberikan kepada rakyat Malaysia iaitu melibatkan 343,530 dos pertama dan 212,874 dos kedua.

Selangor mencatatkan pemberian tertinggi iaitu 89,132 dos pertama dan 61,373 dos kedua; Kuala Lumpur 51,915 dos pertama dan 33,818 dos kedua dan Johor 40,089 dos pertama dan 8,659 dos kedua.-SM

 

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button