Politik

Mungkin ada pemimpin-pemimpin sudah lama tak masuk Dewan Merdeka – Ashraf

“Tidak ada sebarang wajah potret pemimpin ataupun hiasan bersifat kekal dalam Dewan Merdeka,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi hantaran video berdurasi dua minit satu saat di Facebooknya pada Isnin, beliau menjelaskan, Dewan Merdeka adalah milik Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang terbuka dari segi penyewaan kepada orang ramai dan sesiapa sahaja ingin menganjurkan apa juga bentuk program.

“Kalau dalam konteks Perhimpunan Agung UMNO (PAU) maka UMNO akan menghiaskan ataupun WTC menghiaskan Dewan Merdeka dengan bendera UMNO termasuklah potret pemimpin-pemimpin UMNO yang lampau.

“Tetapi dalam majlis – majlis lain, tidak ada sebarang pun gambar potret pemimpin-pemimpin dalam Dewan Merdeka. Begitu juga Konvensyen Nasional dalam Kerajaan Perpaduan.

“Tidak ada istilah nak tutup mana-mana potret. Tidak ada istilah nak mengalihkan mana-mana potret dan mana-mana pemimpin kerana memang di dalamnya tidak ada sebarang potret ataupun apa juga hiasan kekal,” katanya.

Pada Ahad, Hishammuddin menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu sebagai janggal.

Beliau dengan nada sinis menyatakan mungkin ada pemimpin yang sudah lama tidak masuk ke Dewan Merdeka sehingga menyebabkan mereka membuat dakwaan sedemikian.

“Mungkin ada pemimpin-pemimpin yang dah lama tak masuk Dewan Merdeka ni. Mereka lupa agaknya tapi tak apalah.

“Yang penting penjelasan ini seharusnya menutup segala mulut-mulut sengaja mahu mencetuskan keraguan dan mempunyai niat jahat untuk memfitnah kepimpinan seolah kita tidak menghargai ataupun melupakan jasa pemimpin-pemimpin lampau,” ulasnya.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebagai janggal.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, satu penjelasan kepada akar umbi parti mengenai hubungan yang wujud dalam kerajaan yang turut disertai UMNO perlu diberikan agar mereka memahami situasi sebenar, bahkan beliau mendedahkan terdapat gambar-gambar pemimpin UMNO yang sengaja dihilangkan.

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button