Nasional

Sebuah kematian sunyi di waktu PKP

INI merupakan perkongsian sebuah catatan yang ditulis oleh Zainab Mohd Ali di Facebooknya mengenai kematian yang berlaku ketika Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP).

Zainab merupakan bekas kakitangan Utusan Melayu yang sudah bersara sebelum syarikat akhbar milik Melayu 100 peratus itu ditutup.

Beliau berkongsi pengalaman menguruskan jenazah seorang wanita ketika PKP. Berikut adalah catatan beliau”

Sebuah Kematian Sunyi .. Meninggal dunia waktu PKP memberi impak yg sungguh insaf dan sayu.

Kalau sebelum ini ramai hadir mengiringi perjalanan terakhir, PKP bukan budaya sombong tapi soal nyawa. Hanya segelintir yang datang sejajar hidup norma baru .

kematianBersolat jenazah di jarak satu meter sejajar SOP keselamatan wabak Covid 19.

Kami yang ditugaskan memandi jenazah terpaksa ikut panduan SOP keselamatan.

Sekarang apa punca kematian semua harus dipraktis pemandian ikut SOP covid-19.

Kalau betul-betul covid, Kementerian Kesihatan (KKM) yang urus tetapi yang bukan, dibebaskan namun hendak diuruskan oleh AJK masjid dengan pemantauan pejabat Agama.

Tadi urus kematian anak kariah, pesara polis wanita berusia 75 Tahun. Hajah Che Bee Ujang, bekas polis PPH di BN 3, Aerodrome, Ipoh bersama arwah abah tahun 70an dulu.

Arwah banyak berjasa pada keluarga kami ketika arwah abah beroperasi di hutan.

Dua bilal wanita urus kerja mandi dan mengkafan, Pengerusi masjid merangkap Iman 3 menjadi pemandu van jenazah bersama Imam 2 serta dibantu AJK masjid yang lain. Alhamdulillah kami semua utuh dan padu. – SM

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button