Nasional

Alvin Goh ditahan lagi, kali ini di bawah POCA

SUSPEK utama kes pengubahan wang haram dan judi dalam talian, Goh Leong Yeong atau dikenali sebagai Avlin Goh, 32, ditahan semula mengikut Akta Pengecahan Jenayah (POCA) 1959.

Difahamkan, penahanan itu dilakukan selepas tempoh tahanan reman terhadapnya di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang tamat hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, perintah reman akan dimohon pada esok.

“Kita sudah menahannya dan permohonan reman POCA akan dilakukan di Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alvin sebelum ini dikehendaki polis selepas melarikan diri dengan memanjat pagar Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan media sebelum ini, Alvin sebelum itu sudah dibebaskan selepas tempoh tahanan reman SPRM terhadapnya selesai.

Kes melarikan diri dengan memanjat pagar itu menjadi tular di laman sosial sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati masyrakat terhadap tahap keselamatan dan integriti SPRM.

Bagaimanapun, selepas 15 hari melarikan diri, Alvin akhirnya ditemukan bersembunyi di sebuah pusat peranginan di Pahang dengan bantuan teman wanitanya yang juga seorang warga China.

Difahamkan, Alvin sebelum itu hidup berpindah randah bagi mengelak dirinya dikesan pihak berkuasa. -SM

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button