Hiburan

PM akan bincang dengan Mufti berhubung konsert Coldplay

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan isu konsert kumpulan dari luar negara iaitu Coldplay yang dijadualkan berlangsung pada esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Memandangkan ada pihak yang menyarankan agar konsert tersebut dibatalkan berhubung isu Palestin.

“Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin, jadi ada masalah sikit saya nak beritahu, dalam kerajaan yang lepas telah luluskan (konsert) juga. Saya akan bincang dengan mufti (berhubung) keadaan ini.

Coldplay

“Kerana ada pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan berikan pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya menyatakan kenapa dihalang kumpulan yang sokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian kerajaan dalam penganjuran konsert berkenaan, memandangkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah meminta supaya penganjuran konsert itu tidak diteruskan kerana disifatkan sebagai melalaikan.

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang turut menyarankan agar konsert berkenaan dibatalkan bagi menghormati situasi semasa yang berlaku di Gaza, Palestin, selain bimbang insiden tidak senonoh dilakukan kumpulan pop rock dikenali sebagai The 1975 pada Julai lepas berulang.

Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom itu dijadual mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.

Artikle Berkaitan:>

Pengguna perlu bijak dapatkan tiket konsert Coldplay

Benarkah Coldplay sebuah band barat yang tidak jijik dengan agenda LGBT?

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button