Politik

Muka baru, berpengalaman tanda BN mampu raih sokongan rakyat Johor

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan besar semasa Pilihanraya Negeri Johor nanti berdasarkan kenyataaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Mohd Haji Hasan yang berjanji akan meletakkan lebih ramai calon baru dan berpengalaman serta anak muda yang berpotensi membawa kestabilan politik di negeri Johor.

Menurut Qobin, dengan poster calon Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yang tenang, berkebolehan, berani membuat keputusan, ini juga antara faktor kepada kemenangan BN di negeri Johor nanti, in shaa Allah.

Tambahnya, antara faktor lain yang boleh menjadikan kemenangan besar buat BN Johor adalah kekurangan calon-calon PH yang berkaliber dan pergolakan perebutan kuasa di dalam Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN).

Ditambah pula dengan sikap Parti Muda yang hipokrit dan masih tidak matang dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan semasa serta janji-janji manifesto yang membuatkan rakyat Johor menyampah dan tidak lagi akan termakan dengan janji-janji manis PH dan PN.

“Saya harapkan agar rakyat negeri Johor dapat bijak memilih dan mengundi demi sebuah kemakmuran bangsa, kestabilan ekonomi negeri, dan membantu BN memenangi PRN Johor nanti.

“Saya percaya, UMNO dan BN telah banyak berubah dan belajar daripada kelemahan dan kekalahan PRU 14 yang lalu.

“Saya sebagai Pemuda UMNO Malaysia, berdoa dan memohon agar kepimpinan atasan, dapat meletakkan calon-calon muda yang berwibawa terutamanya 26 sahabat-sahabat Ketua Pemuda Bahagian di Johor bersama gandingan muka-muka lama yang berpengalaman dalam menarik sokongan rakyat Johor,” katanya. -SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button