Politik

Mujahid tidak sedih, hanya kecil hati jika RLA tidak dipenuhi

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa tidak berasa sedih dengan situasi politik yang menimpa Pakatan Harapan.

Dari sudut politik, menurut Mujahid ia belum berakhir berikutan kegagalan kudita atau rampasan kuasa pada hari Ahad lalu.

“Alhamdulilah kami terus akan menyelamatkan dan mempertahankan mandat rakyat. Saya ingin ingatkan alam ketidak tentuan boleh jadi macam-macam tetapi kami sedang menguruskannya.

“Orang bertanya saya: tak sedih ka? Saya jawab kenapa perlu bersedih di hadapan perompak mandat rakyat, saya perlu beri jaminan dengan tenang kepada rakyat: “kami bersama mandat rakyat dan rakyat perlu tolak golongan pintu belakang!” kata Mujahid.

Menurut Mujahid, dia hanya akan berkecil hati sekiranya dasar Rahmatan Lil Alamin (RLA) yang diperkenalkannya tidak dapat dipenuhi.

“Saya hanya menuntut dasar RLA difahami sebagai ikatan anda dengan kepimpinan saya. Ada yang terkilan dengan keputusan saya tapi ia bukan kerana peribadi. Saya tak pernah ambil hati kepada sesiapa atau niat menyakitkan hati sesiapa.

“Hanya saya terkilan, dasar RLA belum masak sepenuhnya untuk dimenfaati oleh rakyat Malaysia. Saya hanya berkecil hati jika sesuatu yang baik tak dapat saya penuhi,” kata Mujahid.

Ahli Amanah itu berkata, pentadbiran Islam perlu terus kekal dinamik dan progresif kerana itu adalah tuntutan syariat Islam.

“Saya hanya membekalkan alat pentadbiran semata-mata. Terima kasih sekali lagi kerana bersama menjayakan.

“Pencapaian tidak boleh dipadam walaupun ada yang tidak menyukainya,” kata Mujahid.-SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button