Nasional

SPRM siasat anak bekas Perdana Menteri

SEORANG individu dipercayai anak bekas perdana menteri kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan aktiviti perniagaan pada akhir 1990-an.

Difahamkan siasatan tertumpu kepada syarikat milik individu itu yang didakwa telah mengambil alih anak syarikat syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Berita Harian dimaklumkan bahawa SPRM telah memanggil individu berkenaan untuk mengisytiharkan kesemua harta mereka sama ada di dalam atau luar negara.

Sumber mendedahkan individu itu telah dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk diserahkan notis pengisytiharan aset.

“Siasatan memerlukan individu berkenaan mengisytiharkan semua harta mereka sama ada di dalam atau luar negara secara bertulis,” kata sumber itu kepada BH semalam.

Bulan lalu, SPRM sudah pun memanggil individu itu untuk merekodkan kenyataan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan. -SM

Baca : Rakyat Malaysia digesa manfaatkan ‘AI Untuk Rakyat’-Rafizi Ramli

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button