Nasional

Mana yang fitnah saya tak dapat tawaran di Oxford – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan kehilangan pihak yang menfitnah beliau kononnya tidak mendapat tawaran belajar di Universiti Oxford.

Pertanyaan itu dilontarkan Syed Saddiq selepas beliau dijemput sebagai pembicara utama di School of Public Policy, Universiti Oxfors berkenaan agenda memperkasakan belia.

Menurut Syed Saddiq, pihak yang memfitnah beliau merupakan golongan yang tidak tahu malu kerana menipu.

“Dahulu difitnah bahawa tawaran untuk belajar di sini tidak tulen.

“Where they now? Tak malu sanggup menipu. Budaya politik yang akan saya tentang berhabis habisan,” kata Syed Saddiq.

Menurut Syed Saddiq, beliau diberikan peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat sarjana beserta biasiswa di universiti terkemuka dunia itu.

Bagaimanapun tawaran tersebut terpaksa ditolak kerana mempunyai perjuangan yang lebih besar.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, walaupun tidak dapat hadir sebagai mahasiswa di universiti terkemuka itu namun jemputan sebagai pembicara utama memberi makna yang mendalam.

Menurut Syed Saddiq dalam ucapannya beliau bercakap mengenai kejayaan memperkasakan tujuh juta pengundi muda melalui undi 18 tahun.

Beliau turut menyetuh mengenai kejayaan menurunkan umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun dan elaun kepada pelajar praktikal serta pakej rangsangan bernilai RM6.5 bilion. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button