Hiburan

Album ke 18 Siti Nurhaliza khusus buat anaknya

Setelah sekian lama tidak muncul dengan album baharu, penyanyi no. 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya melunaskan janjinya kepada peminat setia dengan menerbitkan album studio solonya yang ke-18, Manifesta Siti 2020.

Malah, album itu juga dianggap sebagai antara yang terbaik pernah dihasilkan sepanjang lebih 24 tahun dia berada dalam industri seni tempatan.

Yang lebih menarik, terdapat sebuah lagu berjudul Kuasa Cintamu yang mana Siti mendedikasikan lirik nukilannya buat puteri kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid yang kini sudah mencecah usia dua tahun.

“Sebenarnya semua lagu saya suka tapi kalau ikut sentuhan peribadi itu saya suka lagu Kuasa Cinta sebab lagu itu saya tulis buat anak saya, Aafiyah.

BACA> Dapat jaga, jumpa Jebat pun dah cukup – Sharnaaz

“Dalam lagu itu, saya luahkan segala perasaan dan emosi sepanjang penantian saya mendapatkan Aafiyah rasa bersyukur apabila doa saya dimakbulkan Allah SWT untuk dikurniakan cahaya mata.

“Selain itu, saya juga suka dengan lagu Tertulis Nama Kita yang juga saya tulis liriknya. Lagu-lagu ini semua membawa maksud saling menghargai dan berkasih sayang antara satu sama lain,” kata Siti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album Manifesta Siti 2020 yang diadakan di Khan’s Indian Cuisine, The Sphere, Bangsar South, hari ini.

Manifesta Siti 2020 menampilkan sebanyak 11 buah lagu pelbagai genre yang membariskan ramai komposer dan penulis lirik terkenal.

Antaranya Hael Husaini, Ippo Hafiz, Ikhwan Fatanna, Ahmad Fedtri Yahya, Hafiz Hamidun serta penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.

BACA> Shukri fokus lakonan, tak terfikir nak ke bidang perniagaan

Siti turut memberikan nafas baharu terhadap satu lagu lagenda Allahyarham Sudirman berjudul Teratai Menjelma sebagi tribute kepada idolanya itu.

“Lagu Teratai Menjelma itu saya suka sebab ia menampilkan elemen muzik inang. Sukar juga pada mulanya sebab kalau kita nak rakam semula lagu lama, kita kena buat sehabis baik. Kalau boleh tak nak lah buat sesuatu yang boleh merosakkan kerjaya kita kan,” ujarnya.

Manifesta Siti 2020 mengandungi lagu seperti Anta Permana, Terang, Aku Bidadari Syurgamu, 7 Nasihat, Kuasa Cintamu, Teratai Menjelma, Tertulis Nama Kita dan Basyirah.

(Visited 648 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button