Politik

Mujahid bisik pada menteri agama agar jujur jawab isu TH

BEKAS menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Mujahid Yusoff Rawa meminta menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri agar jujur menjawab isu berkaitan Tabung Haji.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, dia sempat berbisik kepada Zulkifli ketika bertembung di Parlimen.

Menurut Naib Presiden Amanah itu, Zulkifli yang merupakan mufti Wilayah Persekutuan ketika itu adalah anggota post Kabinetnya ketika beliau menjadi menteri.

“Sempat saya berbisik supaya kita jujur menjawab isu TH di mana dalam post kab dahulu YB DS Zulkifli adalah anggota post kab saya sebagai Mufti Wilayah,” ciap Mujahid di Twitter.

Mujahid mahu berdebat dengan Azeez, tolak berdebat dengan Asyraf

Beliau membalas ciapan yang dilakukan oleh Zulkifli yang turut berkongsi gambar ketika bertembung di Parlimen.

Dalam ciapan itu Zulkifli mendoakan agar segala urusan Mujahid dipermudahkan dan sentiasa mendapat petunjuk Allah.

“Sempat bertanya khabar YB Datuk Seri Dr. @mujahidrawa, Ahli Parlimen Parit Buntar sebentar tadi. Semoga semua urusan beliau dan kita semua dipermudahkan dan sentiasa mendapat petunjuk Allah SWT,” ciap Zulkifli.

Mujahid sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tiada halangan jika disiasat di bawah satu suruhanjaya diraja kerana didakwa melelong aset Tabung Haji (TH) ketika memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Mujahid, beliau sedia bekerjasama bagi menyelesaikan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan salah laku terhadap Tabung Haji.

“Saya mencadangkan juga Asyraf Wajdi bertemu dengan Menteri Agama hari ini (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) dan bertanya kepadanya apakah benar dakwaan Mujahid melelong harta TH atau Mujahid telah menyelamatkan TH daripada legasi kepimpinan TH semasa kerajaan BN.

“Saya sarankan juga kepada Asyraf Wajdi untuk rujuk kepada Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH untuk bertanya penjelasan ringkas saya ini, sejauh mana kebenaran penjelasan saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Asyraf Wajdi yang mendedahkan surat pelucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai ditandatangani sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusof dan diluluskan beliau selaku Menteri Agama di bawah PH.

Melalui surat rasmi TH bertarikh 3 Disember 2019 itu mendedahkan Mujahid meluluskan pengecualian hak penolakan pertama bagi 18 aset hartanah TH yang dipindahkan ke sebuah syarikat, Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB).-SM

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button