Politik

Kalau takut PRU itu hal pembangkang, jangan cakap bagi pihak UMNO

Pemimpin Pakatan Harapan tidak perlu bercakap bagi pihak UMNO berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO Shahril Hamdan berkata, UMNO tidak mengundang pilihanraya ketika virus Covid-19 masih lagi merebak.

Menurutnya, UMNO bukan parti yang mahu meruntuhkan kerajaan yang ada sekarang.

“Bukan kami yang terkinja-kinja nak meruntuhkan kerajaan. Main psywar konon ada 129 ahli Parlimen dan sebagainya.

“Kalau tidak mahu PRU segera, baik buat kerja sebagai pembangkang. Beri kritikan membina mengenai dasar kerajaan,” kata Shahril.

Shahril mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin PKR dan DAP kononnya Pakatan Nasional dan Pakatan Harapan tidak mahu PRU berlangsung ketika ini.

Menurut beliau, UMNO bersedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya pilihanraya.

Shahril berkata, seseorang tidak perlu untuk menjadi penganalisa politik yang hebat untuk mengetahui mengapa pemimpin pembangkang tidak mahu PRU berlangsung.

“Kerana mengimpikan episod lompat-melompat dengan harapan bahawa sekiranya cukup ahli Parlimen mereka hendak merampas kerajaan tanpa perlu PRU. Mereka takut nak berhadapan dengan rakyat.

“Berbeza dengan BN dan PAS sewaktu kerajaan PH jatuh dengan sendirinya, ahli-ahli Parlimen Muafakat Nasional jelas mengatakan mereka sedia ke PRU tetapi terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan terikat kepada peruntukan Perlembagaan.

“Kalau takut nak PRU, itu hal anda. Jangan bercakap bagi pihak kami. UMNO tidak meninggi diri tetapi kami tidak gentar dengan sebarang kemungkinan,” kata Shahril.

Sementara itu, Shahril turut mengkritik Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin yang cuba menggambarkan pakej bantuan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin adalah hasil kutipan pendapatan kerajaan bawah PH.

“Pendapatan Kerajaan bawah PH? Pendapatan apa bila GST dimansuhkan semata-mata tidak mahu legasi BN? Pendapatan apa bila hutang Kerajaan bertambah sepanjang 22 bulan termasuk hutang bon samurai?

“Macam mana YB Sim boleh kata kerajaan sekarang guna pendapatan kerajaan dulu bila data Bank Negara menunjukkan pendapatan bulan Januari dan Februari 2020 (sejurus sebelum jatuh akibat gaduh sendiri) turun berbanding Januari dan Februari 2019? Duit apa yang kamu tinggalkan?” soal Shahril.-SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button