Politik

Muhyiddin tidak harus bubar Parlimen selepas PH ada majoriti

AHLI Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus selepas gabungan itu mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Menurut Koo Ham, Muhyiddin tidak harus memohon pembubaran Dewan Rakyat kerana ia dapat menjimatkan RM100 juta wang rakyat untuk pembayaran pencen kepada anggota Kabinet Perikatan Nasional.

“Ia dilaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan terdesak ini mungkin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat dan meminta diadakan pemilihan baru.

“Saya menyeru kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyerahkan dengan terhormat pemerintahan kerajaan kepada PH Plus boleh membuktikan bahawa mereka sudah mempunyai majoriti ahli Parlimen yang berpihak kepada mereka.” kata Koo Ham.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, sekiranya berlaku pembubaran Dewan Rakyat di bawah Perkara 2(2) Jadual Pertama kepada Akta Ahli Parlimen (Saraa) 1980, menteri dan timbalan menteri PN dianggap telah berkhidmat selama 36 bulan dan berhak mendapat pencen sebanyak 25 peratus daripada gaji mereka untuk seumur hidup.

Menurutnya pembubaran Parlimen menyebabkan jumlah pencen yang diterima Kabinet PN lebih tinggi berbanding jumlah pencen yang diterima Kabinet Pakatan Harapan yang hanya berkhidmat selama 22 bulan.

Dalam satu kenyataan media yang dikongsi di Facebooknya, Koo Ham percaya jumlah sokongan ahli Parlimen kepada PH Plus akan meningkat apabila dibenarkan membentuk kerajaan.

“Laporan terkini menunjukkan bahawa Pakatan Harapan dan sekutu-sekutunya (PH Plus) mungkin sudah memperoleh lebih 112 ahli Parlimen sekali lagi.

“Saya percaya bahawa jumlah itu akan meningkat sehingga kira-kira 130 ahli Parlimen apabila PH Plus dibenarkan untuk membentuk kerajaan,” kata Koo Ham.

BACA PH yakin dapat muktamadkan keputusan rampas semula Putrajaya

Media hari ini melaporkan Pakatan Harapan (PH) yakin mereka akan dapat memuktamadkan keputusan untuk merampas semula Putrajaya dalam tempoh seminggu lagi.

Majlis Pimpinan PH yang bermesyuarat hari ini telah menampakkan kemajuan untuk mencapai keputusan tersebut bagi mengambil alih kerajaan kini yang diterajui Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh seminggu ini.

Kenyataan bersama kelima-lima pemimpin parti komponen PH memberitahu, perbincangan mengenainya hari ini berjalan lancar tanpa sebarang perbalahan dan perbezaan pendapat.-SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button