Nasionalpilihan

Dua lelaki dan seorang wanita lari daripada polis rupanya positif dadah

DUA lelaki dan seorang wanita yang melarikan diri sehingga terpaksa dikejar oleh tiga kereta polis rupanya positif dadah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhamad Idzam Jaafar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petan semalam.

“Sewaktu rondaan, kita telah mendapati sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna kelabu berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Cheras menghala ke arah Kajang.

“Kenderaan itu telah diminta untuk berhenti namun tidak diendahkan sebelum terus dipecut untuk melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idzam, susulan itu, sebanyak tiga kereta polis telah mengejar suspek sebelum kenderaan itu terbabas sendiri di longkang besar berhadapan Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Jelasnya, dua lelaki dan seorang wanita berjaya ditahan selepas itu dengan bantuan penduduk tempatan manakala seorang lagi telah melarikan diri serta sedang dikesan.

“Semakan awal mendapati kesemua saspek mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah yang lampau. Saringan awal air kencing juga mendapati ketiga-tiga saspek adalah positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil
1955 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihati agar memberi kerjasama apabila pihak polis ingin menjalankan pemeriksaan atau siasatan untuk mengelakkan sebarang bentuk ancaman terhadap nyawa serta harta benda. -SM

(Visited 4,896 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button