Politik

Matilanak jika berpemikiran begini!

INI adalah dialog yang dikongsikan dengan grup yang dinamakan  Asal Bukan Muhyiddin & Bersatu melalui aplikasi WhatsApp.

Grup ini katanya dipenuhi dengan geng-geng yang membenci Tan Sri Muhyiddin Yassin dan PPBM (Bersatu).

Individu yang berkongsi perbualan ini bukan sahaja sebagai satu renungan bersama tetapi juga menimbulkan persoalan, sejauh manakah pemikiran sebegini membawa kesejahteraan kepada rakyat, pengundi dan parti.

Jadi saya tanyakan beberapa soalan:

Q: Anda semua benci Bersatu, tapi keputusan bekerjasama dengan Bersatu dibuat oleh MKT. MKT juga jemput Bersatu join Muafakat Nasional (MN). Apa yang awak nak?
J: Kami nak UMNO segera tamatkan kerjasama dengan Muhyiddin dan Bersatu. Halau Bersatu dari MN. Cukup UMNO dan Pas saja.

Q: Maksud tamatkan?
J: MKT mesti arahkan semua Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi GLC, Ahli Lembaga Pengarah GLC, sesiapa yang ada jawatan dalam GLC dan Agensi-agensi Kerajaan mesti letak jawatan jika ada maruah.

Q: Macam mana pula dengan di negeri-negeri?
J: Di Johor, UMNO mesti pecat semua Exco Bersatu.

Q: Di Perak?
J: Semua Exco UMNO dalam kerajaan negeri Perak mesti letak jawatan.

Q: Di Sabah?
J: Jika ada maruah, Bung Moktar kena letak jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya. Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri UMNO Sabah juga perlu letak jawatan.

Q: Kalau dah semua letak jawatan, siapa nak isi jawatan tu? Misalnya Menteri Wilayah Persekutuan?
J: Bagi Bersatu pegang lah

Q: Menteri Kesihatan?
J: Bagi Bersatu pegang juga.

Q: Menteri Kanan dan Menteri Pertahanan?
J: Bagi pada Pas

Q: Habis tu UMNO langsung tak pegang apa-apa jawatan di negeri dan di Pusat?
J: Cukup di Johor, Perlis dan Pahang

Q: Jadi dalam kerajaan dan GLC sekarang ni semua jawatan akan diagih-agihkan kepada Bersatu dan Pas, macam tu?
J: Ya

Q: Habis tu masa PRU15 kita nak bertanding sebagai kerajaan ke pembangkang?
J: Sebagai pembangkang pun tak apa, yang penting UMNO bertanding atas kekuatan sendiri dan lebih banyak kerusi. Lebih baik daripada dibuli Bersatu.

Q: Kalau semua jawatan menteri, timbalan menteri, GLC dan agensi dipegang oleh Bersatu dan Pas, mahu ke Pas bergabung dengan UMNO dalam MN atau mereka lebih suka duduk dalam PN bersama Bersatu?
J: Pas #&@+%£, ingat UMNO tak kuat ke? Kita bertanding sendiri sajalah. Saya yakin kita akan menang. Rakyat bersama kita.

Q: Kalau dah kita bertanding sebagai pembangkang, dalam kerajaan negeri, GLC dan agensi pun kita tak ada, kena bertanding melawan Bersatu atau Pas, dan Pakatan Harapan, agak2 kita boleh menang ke?
J: Boleh

Q: Berapa kerusi UMNO boleh menang?
J: Paling kurang 100 kerusi. (halamak mana punya sempua (capua) dia pakai la..)

Q: Serius ke UMNO boleh menang kalau lawan Bersatu dan Pas dan parti komponen lain dalam keadaan UMNO bukan kerajaan dan PN adalah kerajaan?
J: Menang atau kalah tak penting. Kalah pun tak apa. Yang penting kita kuburkan Muhyiddin dan Bersatu.

Q: Awak rasa MKT akan setuju dengan pandangan awak ni?
J: Eh mereka kena dengar la, kita ni akar umbi. Mana-mana ahli MKT yang degil, nak juga bekerjasama dengan Bersatu, kita jangan undi mereka masa pemilihan nanti.

Aku: Tak tahu nak menangis ke ketawa…Syukurlah mereka ni bukan MKT dan nasib UMNO tak bergantung kepada mereka ni..Demikian perkongsian yang dibuat oleh Veteran UMNO Kuala Langat petang ini. – SM

(Visited 565 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button