Nasional

MOSTI lancar Sistem e-ticketing Pusat Sains Negara

PERKHIDMATAN pembelian tiket dalam talian atau e-Ticketing Pusat Sains Negara (PSN) bertempat di Pusat Sains Negara dilancarkan hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang yang melancarkan majlis itu berkata, Sistem e-Ticketing PSN dibangunkan menggunakan gerbang pembayaran realtime payment platform (RPP) daripada syarikat Payment Network Malaysia (PayNet).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang

“Untuk makluman, Sistem e-Ticketing PSN merupakan sistem yang terawal yang menggunakan platform RPP dalam agensi kerajaan.

“Sistem ini bukan sahaja dapat diakses dan digunakan melalui pelayar sesawang (web browser) malahan pengguna juga dapat membeli tiket melalui aplikasi yang dimuat turun menerusi gerbang Google Play Store dan App Gallery Huawei,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, di gerbang Apple App Store pula akan diintegrasi dalam masa terdekat.

Chang berkata, pada masa kini perkhidmatan Sistem e-Ticketing hanya menawarkan perbankan internet dan e-dompet (e-wallet) sahaja.

“Kaedah bayaran melalui kad debit dan kad kredit pula sedang diintegrasi dalam masa yang terdekat bagi memudahkan semua pengguna system,” jelasnya.

Bermula 18 Julai, baru-baru ini, pengunjung boleh melayari www.psn.gov.my atau memuatnaik aplikasi dalam talian e-Ticketing PSN di Google Play Store atau App Gallery Huawei bagi membuat pembelian tiket kemasukan.

Sistem ini kini memberi kemudahan dan memudahkan pengunjung untuk membeli tiket dalam talian dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan di mana sahaja menggunakan peranti mudah alih masing-masing.

Tambah Chang, pembangunan Sistem e-Ticketing PSN ini sejajar dengan penerimagunaan teknologi baharu (emerging technologies) seiring dengan transformasi digital sektor awam.

“Ia juga bertepatan dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021 – 2025 yang telah menggariskan halatuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam sebagai panduan bagi memacu agenda Kerajaan Digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital,” katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran ialah Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, dan Mismah Jimbun, Pengarah Pusat Sains Negara juga hadir. – SM

BACA Mosti, Magic tawar program NTIS dengan dana RM100 juta

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button