Hiburan

Aktor Roy Azman ajak semua jaga kesihatan

AKTOR Roy Azman mengajak semua peminatnya dan rakyat Malaysia agar sama-sama menjaga kesihatan dan keselamtan dengan duduk di rumah.

Dalam hantaran di media sosial Facebooknya, Roy turut mengajak orang ramai menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang disyorkan oleh kerajaan.

Selain itu, beliau turut mengajak umat muslimin di negara ini agar sama-sama sedekahkan AlFatihah kepada mereka yang telah pulang ke rahmatullah kerana terkena jangkitan COVID-19.

https://www.facebook.com/royazman3012/videos/10216472143571980/

“Kita sama-sama hadiahkan AlFatihah kepada semua yang telah meninggal dunia termasuklah mereka akibat COVID-19.

“Dan semuga semua anggota kesihatan dan keselamatan dikurniakan kesihatan yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab yang berat ini.

“Kita jangan sesekali lupakan mereka ini, bertungkuslumus memberi bantuan kepada yang memerlukan rawatan, sedang kita lena dengan makanan dan berhibur bersama famili.

“Thank you barisan hadapan negara dan seluruh dunia .” catatan Roy Azman. – SM

(Visited 440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button