Politik

Muhyiddin perlu bubar Parlimen – Tajuddin

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyarankan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen.

Pembubaran Parlimen kata, Tajuddin bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara.

Tajuddin dipetik Malaysiakini berkata, biar rakyat tentukan siapa dapat mandat.

“Lompat melompat parti dah jadi macam kartun, dah jadi politik caca marba. Bubar saja Parlimen bagi pada rakyat biar rakyat tertentukan.

“Yang melompat (parti) tentu ada ganjaran, wakil rakyat boleh dijual beli beli dengan duit dan pangkat apa jenis politik kita ini, kita nak wakil rakyat yang bekerja, berwibawa dan berintergriti,” katanya.

Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan politik semasa hari ini yang menyaksikan Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan.

Anwar memaklumkan perkara itu dalam sidang media berkenaan di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Anwar mendakwa dia sudah memiliki sokongan majoriti yang kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota parlimen yang memihak kepadanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa lebih wajar jika dia menyerahkan jumlah sokongan wakil rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil, bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” kata Anwar.

Tajuddin berkata, Anwar boleh membuktikan yang beliau mempunyai majoriti bagi membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.

Katanya, Ketua Pembangkang itu perlu membuktikan yang beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Kalau dalam Parlimen ada perubahan dan dapat sokongan majoriti baru boleh iktiraf sebagai alasan jatuh kerajaan (yang ada kini).

“Kalau ada nombor buktikan dalam Parlimen, tak boleh gegar cakap ada nombor. Jadi, dia tak boleh kata (kerajaan PN) jatuh,” katanya.

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button