Rencah Hidup

Duterta larang penggunaan vape di Filipina

 

PRESIDEN Filipina, Rodrigo Duterte memperkenalkan undang-undang baharu yang kontroversi apabila melarang penjualan dan pengimportan rokok elektrik atau lebih dikenali sebagai vape di negara tersebut baru-baru ini.

Malah beliau turut mengarahkan pihak berkuasa supaya menangkap sesiapa sahaja yang menghisap vape di tempat awam.

“Saya sangat benci pengguna vape dan anda mahu tahu kenapa? Ia kerana vape adalah beracun dan pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk melarang penggunaan vape dalam pelbagai cara demi melindungi masyarakat dan kepentingan umum.

“Saya minta penghisap vape supaya menghentikan tabiat itu jika tidak mahu diambil tindakan,” katanya.

Tindakan keras Duterte yang sering menimbulkan kontroversi ini dikatakan berikutan kejadian yang menimpa seorang remaja wanita berusia 16 tahun baru-baru ini yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat radang paru-paru setelah mengadu sesak nafas akibat enam bulan menggunakan rokok elektronik.

Dikatakan terdapat satu juta pengguna vape di negara berkenaan dan kementerian kesihatan di negara itu telah bertindak tegas untuk menangani bahaya penggunaan vape dalam kalangan penduduk Filipina.

Dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) seramai 42 orang telah meninggal dunia akibat penggunaan rokok elektronik sehingga November lepas. – SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button