Politik

Muhyiddin masih PM, tetapi semangat demokrasi berparlimen hilang

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) secara teknikalnya menurut Perlembagaan Persekutuan dikatakan masih lagi mempunyai sokongan majoriti.

Justeru, ketika ini kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu masih lagi boleh melaksanakan fungsinya sebagai pentadbir negara.

Namun, kedudukannya semakin goyah berikutan pengumuman oleh Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan kepada PN.

Hal demikian menyebabkan Kerajaan PN semakin goyah dan semangat demokrasi berparlimen juga kemungkinan sudah hilang apabila menyaksikan Muhyiddin kehilangan sokongan.

“Memang sebenarnya kalau kita ikut perlembagaan pun betul, secara teknikalnya Muhyiddin masih lagi kekal sebagai Perdana Menteri.

“Beliau tidak automatik kehilangan kelayakan sebab bila kita tengok Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan, berkaitan dengan pelantikan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri dilantik daripada kalangan seoarang yang dipercayai mungkin mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Tak sebut dua pertiga, cuma sebut majoriti. Kita tengok sekarang ini 110 majoritilah. Kalau hendak diikutkan Pakatan Harapan (PH), tak ada majoriti 90 sahaja.

“Kalau tak campur dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan), mereka cuma ada lebih kurang 90 sahaja.

“PN itu dalam keadaan sekarang, Muhyiddin mempunyai majoriti secara teknikalnya.

“Cumanya dari segi moral, demokrasi berparlimen ini, Muhyiddin sudah hilanglah majoritinya.

“Atau beliau kena ada sekurang-kurangnya 112 sokongan. Cuma dari segi moral, semangat demokrasi berparlimen itu sudah tak ada.”

Demikian kata Pensyarah Kanan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Sahul Hamid Mohamed Maiddin ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

SAHUL HAMID MOHAMED MAIDDIN

Beliau bagaimanapun, tidak menolak jika Ahli Parlimen Pagoh itu ‘gentleman’ untuk memanggil sidang Dewan Rakyat tergempar bagi menentu sahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana, kerajaan yang goyah adalah tidak baik untuk meninggkatkan semula ekonomi negara, ditambah pula dengan masalah pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Kerajaan ini tidak kukuh ini sama sekali dan sangat rapuhh. Kalau Muhyiddin gentle, beliau boleh panggil sidang Parlimen tergempar.

“Jadi, Muhyiddin boleh panggil untuk menguji sokongan dan membuktikan bahawa beliau betul dan masih lagi mempunyai sokongan majoriti.

“Dari sudut demokrasi berparlimen kena mempunyai 112 kerusi selepas tolak dua kerusi Batu Sapi dan Gerik.

“Ini boleh buktikan, cumanya sekarang ini berani ataupun tidak.

“Mengikut keadaan sekarang ini, saya tak fikir beliau berani buat macam itu. Sebab tak akan ambil masa yang lama untuk beberapa orang lagi tarik diri.

“Kalau seroang lagi memang bungkuslah PN dalam Parlimen. Secara moralnya, Muhyiddin tidak mempunyai sokongan, pegangan terhadap majoriti,” ujarnya. – SM

(Visited 682 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button