KesihatanNasionalPenyakit

Kes baharu Covid-19 meningkat 41.7 peratus

KES baharu jangkitan Covid-19 meningkat sebanyak 41.7%, daripada 1,350 kes kepada 1,913 kes pada minggu epidemiologi kelima (ME5) dari 29 Jan hingga 4 Feb.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian menurun sebanyak 62.5%, iaitu lapan kepada tiga kes dalam tempoh berkenaan.

Secara keseluruhan, katanya, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan menurun sebanyak 8.8%, dengan pesakit kategori kritikal kekal tiada perubahan pada 0.5% sementara pesakit kategori ringan menurun 33.3%.

“Katil bukan kritikal tiada perubahan (8%), katil unit rawatan rapi (ICU) tiada perubahan (4%), pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan turun 0.1%,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes positif yang dipantau pusat penilaian Covid-19 (CAC) juga menunjukkan trend menurun dengan bilangan kes dirujuk ke hospital menurun 58.3%.

Setakat ini, negara melaporkan 5,037,784 kes, dengan kes aktif berjumlah 9,476. Jumlah kumulatif kes kematian pula sebanyak 36,943 kes sementara empat kluster masih aktif. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button