Nasional

Muhyiddin luang masa tonton Piala Sumbangsih

WALAUPUN dalam kesibukan sejak awal pagi pada penamaan calon Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa bersama penduduk menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim (JDT) bertemu KL City malam tadi.

Sebuah layar dipasang di perkarangan kedai makan milik Haji Othman di pekan Pagoh turut disertai 50 penduduk sejak daripada sepak mula perlawanan tersebut.

Presiden Perikatan Nasional (PN) itu hadir  disambut meriah dalam kalangan penduduk menyaksikan perlawanan tersebut pada aksi babak kedua.

Beliau tiba selepas  mengadakan ceramah di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Pasir.

Suasana meriah menggamat perkarangan kedai makan tersebut apabila JDT menjaringkan gol kedua menerusi Afiq Fazali pada minit ke-84.


Selepas tamat perlawanan yang menyaksikan JDT menang 3-0 ke atas KL City, Muhyiddin turut menyampaikan hadiah hadiah cabutan bertuah.

Program tersebut adalah anjuran bersama Pagoh FC, Kelab Muafakat Melayu Pagoh Muar dan Anak Jati Pagoh. – SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button