Nasional

Muhyiddin luang masa agih daging korban

Di sebalik kesibukan mengurus tadbir negara ketika pandemik, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa mengagihkan daging korban di ibu negara, hari ini.

Beberapa video dimuat naik di Facebook menunjukkan Muhyiddin membantu mengagihkan daging korban sempena Aidiladha di beberapa kediaman di Kampung Padang Balang, Sentul, petang tadi.

[sociallocker]

Muhyiddin yang berbaju batik berwarna jingga dan berpelitup muka, datang dalam keadaan santai dan menjadi kejutan kepada penduduk kampung itu yang tidak menjangka ketibaan Perdana Menteri di kediaman mereka.

Beliau juga dilihat mengunjungi penduduk kampung itu tanpa gerombolan pegawai yang menjadi kelaziman ketika lawatan anggota Kabinet dan ahli politik.

Satu video turut mencuit hati netizen, yang menunjukkan seorang kanak-kanak teruja apabila melihat Perdana Menteri tiba di hadapan pintu rumahnya bersama sebungkus daging korban.


Lebih mencuit hati apabila kanak-kanak itu secara santai memanggil Perdana Menteri dengan namanya, ‘Muhyiddin Yassin’ dan memaklumkan mengenalinya melalui kaca televisyen.

Muhyiddin yang kini mengetuai antara tempoh pentadbiran paling sukar dalam sejarah Malaysia, turut meluangkan masa beramah mesra dengan beberapa penduduk, sebelum meninggalkan kampung itu.

[/sociallocker]
(Visited 128 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button