BeritaNasional

Muhyiddin, Khairy, Zafrul dipanggil SPRM

TAN SRI Muhyiddin Yassin, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan perbelanjaan hampir RM600 bilion dana kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu kepada Bernama dan dilaporkan enggan mengulas lanjut.

Selepas pilihan raya dan kerajaan baharu dibentuk diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membangkitkan perkara berkenaan.

Perdana Menteri itu berkata, terdapat puluhan bilion dari dana itu digunakan tanpa mengikut prosedur yang benar.

Dana berkenaan adalah bagi menangani Covid-19 termasuk program vaksinasi dan menyantuni rakyat yang terjejas sepanjang pandemik. – SM


 

(Visited 1,704 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button