Nasional
Trending

Muhyiddin, Dr. Noor Hisham terima suntikan vaksin Covid-19 Rabu ini

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah adalah antara orang terawal akan disuntik vaksin Covid-19.

Kedua-dua mereka akan menerima suntikan pada Rabu ini.

Ia juga sabagai tanda bermulanya program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang mana ia digerakkan lebih awal daripada jadual asal.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, mengikut jadual asal program itu akan bermula pada 26 Februari.

“Kami membuat keputusan untuk memulakan program imunisasi ini lebih awal iaitu pada Rabu 24 Fabruari. Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan akan menerima suntikan vaksin pertama di Klinik Kesihatan Putrajaya,” katanya. – SM


(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button