Politik

Siang-siang dah ‘surrender’, sindir Tok Mat

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda yang merupakan penyokong Pakatan Harapan membuat provokasi terhadap Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bukan sahaja tidak mendatangkan sebarang kesan sebaliknya menerima sindiran yang tajam.

Pemuda tersebut yang gambarnya tular di media sosial kerana cuba membuat provokasi dengan memayung Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat dengan sekaki payung sambil menjerit ke arah beliau.

Penyokong Pakatan Harapan tersebut yang kelihatan berseorangan ketika membuat provokasi berkenaan sementara Tok Mat pula sedang bersalaman dengan sekumpulan penyokong Barisan Nasional.

Bagaimanapun tindakan lelaki tersebut disindir Tok Mat yang menyatakab perbuatan penyokong Pakatan Harapan itu seolah-olah menyerah kalah

“Penyokong PH payungkan saya. Siang-siang dah surrender,” tulis Tok Mat di Facebook beliau yang turut berkongsi gambar lelaki berkenaan.

Tindakan penyokong Pakatan Harapan tersebut turut mendapat perhatian warganet.

“Dia lupa tukar baju Datuk Seri dia ingt dia team kita kot,” kata Marhafizah Mat Salleh.

“Baiknya PH tolong payungkan. “Jangan cakap abam tak payung ya”. Jangan marah Tok Mat. PH ni sengal sikit,” tulis Dayang Zuraida Ahmad.

“Dio sobonar eh penyokong Tok Mat tapi silap sarong baju, mungkin girlfriend pakso, girlfriend lak peminat saddiq. Mangso keadaan botolah,” usik Ash Salanudin.

“Inilah pemimpin berjiwa besar. Benda negatif dijadikan positif. Kan aman tenteram, hidup Tok Mat,” kata Mohd. Salmizi Mat Yusof.

“Tok Mat patut tanyo budak yang payung tu…dodak dapek sikit bona ko,” tulis MohdNizam Mohd Zain.

“Huhhhhh menang nampak gayanya Datuk. Rasanya PH kalah hilang deposit ni, satu undi pun tak dapat ni,” usik Bustanul Bistari Bey- SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button