MahkamahNasional

Muhyiddin dan dua bekas menteri terima dana UKSB

Kes perbicaraan Zahid Hamidi

SEORANG bekas pengurus pentadbiran syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dua lagi bekas menteri dan seorang timbalan menteri menerima dana daripada UKSB.

Beliau memberitahu mahkamah dalam prosiding perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Inidividu yang memberitahu mahkamah, David Tan berkata, Muhyiddin menerima RM1.3 juta antara Jun dan Ogos 2018.

UKSB adalah syarikat yang mengendalikan sistem visa luar negara (VLN) untuk pelancong China dan syarikat ini dilantik oleh kerajaan pada 2016.

Syarikat itu terbabit dalam pertuduhan rasuah Ahmad Zahid di mana bekas timbalan perdana menteri itu dibicarakan atas 33 pertuduhan rasuah.


Ketika itu, Muhyiddin adalah menteri dalam negeri (KDN) di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH). – FMT – SM

(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button