Ekonomi

Muhyiddin cadang wujudkan moratorium khas buat PKMS

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN)  Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kerajaan memberikan moratorium khas kepada Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar polisi semalaman (OPR) baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya pagi ini, Muhyiddin berkata sektor PMKS masih belum pulih sepenuhnya dan peningkatan kadar OPR akan menyebabkan mereka menanggung hutang yang lebih tinggi.

“Seperti mana pelaksanaan moratorium sebelum ini, bank-bank di negara kita tidak mengalami kerugian pun,”

“Jadi apalah salahnya kerajaan sekali lagi berbincang dengan institusi-institusi kewangan supaya memperkenalkan moratorium khas untuk PMKS.”

Pada 8 September, BNM mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.5%.

Sementara pada Mei, BNM mengumumkan kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada 2% sebelum dinaikkan sekali lagi kepada 2.25% pada Julai. Pemain industri mengatakan kenaikan OPR ini bakal menjejaskan sektor PMKS.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, sektor PMKS penting kerana ia mewakili hampir 96% kegiatan ekonomi negara.

“Ramai rakyat yang bergantung kepada sektor ini untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan. Hampir 50% tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam sektor ini,” katanya.

Artikel berkaitan > MPN sokong langkah mansuh AP bahan makanan – Muhyiddin

(Visited 486 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button