Nasional

Raja Muda Perlis seru rakyat berdoa hadapi wabak, patuhi arahan dan tidak panik hadapi Perintah Kawalan Pergerakan

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru kepada semua rakyat supaya bersatu hati dengan niat yang ikhlas untuk sentiasa berdoa agar segala ujian dan wabak COVID-19 yang dihadapi di seluruh dunia khususnya di negara kita Malaysia dan negeri Perlis pada ketika ini akan segera hilang dengan izin Allah.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap oleh bekas Pengarah Yayasan Sriwijaya dari Jakarta, Hj. Surya Burhanudin yang diadakan di Istana Perlis Kuala Lumpur pada petang (selasa) semalam.

“Terimalah ujian ini dengan redha dan patuhilah arahan-arahan yang dikeluarkan pihak berwajib.” titah baginda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menasihatkan agar rakyat tidak panik dan sentiasa menggunakam pertimbangan akal yang sempurna dalam setiap tindakan ketika berada dalam suasana ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac lalu.

Hj Surya, yang bakal memasuki usia 70 tahun pada 29 Mac dalam beberapa hari sahaja lagi telah berterusan selama 24 tahun menghantar lebih 600 orang generasi muda anak bangsa daripada Indonesia menimba ilmu di 16 buah IPTA dan IPTS Malaysia untuk program Sarjana Muda, Sarjana dan juga peringkat kedoktoran PhD termasuklah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang mana Tuanku Raja Muda Perlis ialah Tuanku Canselornya.

Hj Surya turut mempersembahkan sebuah buku dan DVD filem “Etri Ernovianti – Anak Supir Angkot Lulus Doktor di Luar Negeri” yang menyerlahkan peranan beliau memperkasakan lagi hubungan mesra dua bangsa serumpun iaitu Malaysia-Indonesia, melalui upaya mencerdaskan ratusan generasi muda anak bangsa Indonesia, menimba ilmu di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia, yang juga memberikan makna adanya sumbangan bagi mempercepatkan lagi proses pengantarabangsaan universiti-universiti di Malaysia dengan menambah banyak pelajar antarabangsanya.

Sementara itu, dalam perkembangan yang berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memaklumkan bahawa urusan di Pejabat MAIPs “DITANGGUHKAN” dari tarikh 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Walaubagaimanapun, urusan berikut boleh dibuat melalui atas talian di Portal Rasmi MAIPs:

1- Semakan status permohonan bantuan: http://asnaf.maips.gov.my/semak/

2- Semakan Penyata Sumbangan Zakat : http://zakat.maips.gov.my/

3- Permohonan Bantuan Zakat (am / sarahidup) : Borang boleh dimuat turun melalui https://www.maips.gov.my/images/maips/download/bantuanam.pdf

4- Permohonan Bantuan Pelajaran : Borang boleh dimuat turun melalui https://www.maips.gov.my/images/maips/download/borang%20bantuan%20pelajaran%20form.pdf

5- Permohonan sewaan premis MAIPs : Borang boleh dimuat turun melalui https://www.maips.gov.my/images/maips/download/borang%20sewaan%20premis%20MAIPs%201.pdf

6- Kaedah bayaran sumbangan Zakat, Wakaf atau Sumber Am melalui atas talian boleh dirujuk di Laman Portal MAIPs : www.maips.gov.my

7- Pengambilan dan penghantaran borang bantuan turut boleh dilaksanakan di pos pengawal di Bangunan MAIPs.

Namun begitu, sekiranya terdapat “keperluan mendesak”, bolehlah merujuk di Pos Pengawal di Bangunan MAIPs atau memberikan maklumbalas melalui “Facebook Rasmi” Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tambah beliau lagi, pihak Pengurusan MAIPs sentiasa komited untuk membantu sebarang kes keperluan asnaf dan hubungilah amil kariah untuk tindakan yang berkeperluan.

Tx.

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button