Politik

Muhyiddin buang undi di SMK Sri Muar

Wartawan Suara Merdeka

MUAR 12 Mac – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee
Abdul Rahman mengundi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar di sini hari ini.

Beliau dan isteri menaiki kenderaan jenis Alphard berwarna hitam tiba di pintu masuk SMK Sri Muar kira-
kira pukul 9.03 pagi dan terus memasuk mengimbas MySejahtera diikuti wartawan dan jurugambar.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selesai membuang undi kira-kira pukul 9.17 pagi. Beliau
serta isteri membuang undi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani.

Muhyiddin ketika ditemui pemberita selepas membuang undi berkata, kesesakan yang berlaku di bandar Muar
sejak semalam memberi petanda ramai rakyat dari luar pulang untuk melaksanakan tanggungjawab membuang undi hari ini.

Menurutnya, jika itu terjadi sasaran sebanyak 80 peratus pengundi keluar membuang undi mampu tercapai.

“Kalau peratusan jumlah pengundi rendah, ia tidak akan memcerminkan hakikat realiti kehendak rakyat Johor
yang saya percaya mahukan perubahan dan sebuah kerajaan yang baharu.

“Dari tinjauan saya sejak beberapa hari turun ke seluruh pelusuk Johor ini saya lihat trend perkembangan
yang agak menggalakkan dan sambutan pada gerakan kempen yang saya pimpin nampak boleh dikatakan cukup
bersemangat dan jelas pengundi ada minat besar kepada PN.

“Apapun hari ini mereka lah yang akan menetukan apa mereka nak buat (keputusan), kita hormati dan cuma
harapan saya jumlah pengundi akan keluar boleh mencecah sehingga 70 hingga 80 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berpuashati dengan proses pengundian yang dijalankan dan mengucapkan terima
kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam pada itu Muhyiddin turut memaklumkan beliau mengundi calon PN iaitu Ustaz Abd. Aziz Talib.

DUN Maharani menyaksikan pertembungan enam penjuru termasuk penyandang kerusi berkenaan, Nor Hayati Bachok
dari Pakatan Harapan (PH), Nor Farra Shamsuddin dari Barisan Nasional (BN), Riad Ahmad (Pejuang), Hanis
Asmui dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Lim Kim Joo dari

(Visited 561 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button