pilihanPolitik

InsyaAllah BN akan jadi blok tunggal terbesar di Parlimen nanti – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) akan menjadi satu-satunya blok parti terbesar yang akan membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga yakin bahawa BN mampu menjadi sebuah parti dominan pada PRU itu nanti.

“Ramai yang mengatakan tidak ada satu pakatan yang akan membentuk kerajaan. Sekarang BN pun sudah kehilangan Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), kita sudah tidak ada Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai parti komponen.

“Tetapi saya boleh pastikan, Insya-ALLAH BN akan menjadi blok tunggal yang terbesar di Parlimen nanti. Besar kemungkinan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil blok yang terbesar untuk membentuk kerajaan,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau bagaimanapun tidak menolak akan ada satu kerjasama antara BN dengan parti lain selepas PRU nanti.

“Kita akan lihat dengan siapa akan bekerjasama yang boleh berkongsi visi dengan BN maka akan terbentuk kerajaan itu nanti.

“Ada satu gabungan yang dapat membentuk kerajaan secara automatik, akan ada kerjasama selepas ini dan saya pasti BN akan menjadi teras kepada kerajaan baharu,” katanya.

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button