NasionalNegeri

ATAM fokus bidang pendidikan bantu asnaf ubah hidup

Akademi Transformasi Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (ATAM) rancang untuk memberikan fokus terhadap bidang pendidikan bagi membantu golongan asnaf mengubah taraf hidup ke arah lebih baik.

Ia akan melibatkanpenajaan dalam persijilan profesional atau profesyen berfokus sebagai langkah peningkatan kompetensi bagi menjana pendapatan sekaligus mempertingkatkan peluang jaminan pekerjaan.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf terpilih.

Masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Saidina Umar Al Khattab, Guar Syed Syed Alwi yang akqn diagihkan oleh amilnya, Muhd Iqbal Mohd Shariff.

Mengiringi baginda sempena program Program Kayuhan MAIPs Peduli, Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal MAIPs, Mohd Nazri Mat Rejab.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan singgah menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700 secara tunai, beras serta bekalan makanan mentah setiap seorang kepada asna terpilih.

Antaranya Hamid Hassan, 71 di Kampung Guar Syed Alwi, Sepiah Din, 82, Kampung Alor Redih dan Yusoff Samat, 68, Kampung Seberang Sungai Repoh.

Titah Bagindq, dalam teras kemahiran, fokus utama adalah untuk memberikan latihan kemahiran dalam bidang-bidang bersifat kalis masa depanuntuk memberikan peluang penempatan pekerjaan.

Selain itu titah Baginda, manakala teras keusahawanan pula memberikan fokus kepada pemantapan ekosistem kejayaan usahawan asnaf merangkumi persiapan jatidiri asnaf, pemerkasaan perniagaan dan penyediaan sistem bantu urus perniagaan. – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button