Politik

Muhyiddin Beri Sokongan Kepada Calon PN N.07 Bukit Kepong & N.08 Bukit Pasir

Dua calon Perikatan Nasional kerusi Dewan Negeri Johor kawasan N.07 Bukit Kepong dan N.08 Bukit Pasir dihimpunkan di Bilik Gerakan Zon Utara (Parlimen Pagoh), dekat Taman Pagoh Jaya, di sini.

Calon bagi kawasan Bukit Kepong adalah Dato’ Dr Sahruddin Jamal yang juga merupakan penyandang kerusi tersebut, manakala Bukit Pasir pula, Nur Iqbal Razak.

Turut berada di Bilik Gerakan Zon Utara adalah Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pimpinan tertinggi BERSATU, PAS dan GERAKAN.

Dr Sahruddin kemudian menuju ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Karisma, IKTBN Pagoh sementara Nur Iqbal di Pusat Konvensyen Kementerian Pengajian Tinggi bagi menghantar kertas penamaan calon.

(Visited 309 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button