Nasional

Muhyiddin beri amaran tindak balas pada pilihan raya akan datang

PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi amaran kepada kerajaan perpaduan mengenai tindak balas dalam pilihan raya negeri akan datang.

Bekas perdana menteri itu berkata, dakwaan bahawa pentadbirannya telah menyeleweng dana untuk pengurusan wabak Covid-19 bertujuan untuk mencemarkan imej PN, ketika pilihan raya negeri semakin hampir.

“Sekarang ini, mereka memburuk-burukkan kita dengan menggelar kita pencuri dan lanun supaya rakyat tidak menyokong kita dalam pilihan raya negeri akan datang,” kata ahli parlimen Pagoh itu ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

“Tetapi saya percaya gelombang PN yang kita saksikan pada pilihan raya umum ke-15 akan terus melanda negara, enam negeri itu akan diratakan.

“Akan ada tindak balas, saya memberi amaran kepada anda,” katanya merujuk kepada Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, yang akan mengadakan pilihan raya mereka pada pertengahan tahun ini.

Beliau berkata, kepimpian kerajaan hari ini cenderung mencari kesalahan kerajaan dahulu yang sebenarnya tidak wujud.

“Kerajaan telah menuduh saya seleweng RM600 bilion. Kemudian turun nilainya kepada RM92.5 bilion. Kemudiannya turun lagi kepada RM4 billion hingga RM5 bilion. Yang terakhir RM300 juta,” tambahnya lagi memberi gambaran bahawa tuduhan tersebut hanyalah bohong dan hanya ingin menjatuhkan PN. -SM

 

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button