NasionalNegeri

Raja Muda Perlis lawat Yunnan State Farms Group di Kunming

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Yunnan State Farms Group di Yunnan Agricultural Reclamation Building, 111 Renmin East Road, Kunming, China baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengurus Besar Yunnan State Farms Group, Chen Yunzhong; Pengerusi Yunnan Commercial Group, Di Wen; dan Timbalan Pengurus Besar Jabatan Perancangan dan Pembangunan Yunnan State Farms Group, Yin Yudong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra tertarik melihat antara produk Yunnan State Farms Group di Yunnan Agricultural Reclamation Building, 111 Renmin East Road, Kunming, China baru-baru ini

Raja Muda diiringi Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Muhamad Akmal Abdul Wahab.

Organisasi ini menjalankan perniagaan produk pertanian seperti kopi, minyak, buah-buahan, sayur-sayuran, cendawan, bahan makanan segar dan beberapa produk lain serta menjalankan perniagaan di peringkat global dengan negara-negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika selatan dan Eropah.

Fungsinya sebagaimana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Malaysia.

Yunnan State Farms Group telah menubuhkan cawangan syarikat ini di bandar raya lain di dunia seperti Shanghai, Dubai dan Singapura bagi tujuan meluaskan lagi perniagaan dan meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut dipersembahkan tayangan video korporat pengenalan mengenai organisasi ini.

Delegasi berpeluang melihat penghasilan setiap produk pertaniannya diagihkan dalam negara serta yang akan di eksport ke luar negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dipersembah maklum mengenai produk Yunnan State Farms Group di Yunnan Agricultural Reclamation Building, 111 Renmin East Road, Kunming, China baru-baru ini.

Baginda kemudiannya berkenan meluangkan masa melawat Pasar Bunga Dounan di Dounan Village, Nanchenggong, Kunming yang merupakan salah satu pasaran perdagangan bunga terbesar di Asia.

Lebih dari 500 kedai serta gerai bunga beroperasi di pasar ini yang menjual pelbagai spesies bunga tempatan seperti bunga ros, teratai dan bunga eksotik seperti ‘Moth Orchids’, ‘Forget-Me-Nots’, ‘African Daises dan beberapa jenis bunga lain. – SM

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button