Hiburan

Hannah Delisha beri ‘hint’ mahu berhijab

PELAKON, Hannah Delisha seperti petanda awal yang dia akan membuat perubahan imej kepada berhijab selepas ini.

Imej terbaharu dengan gaya berhijab itu dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya dengan kapsyen bertulis ‘Bismillah’.

Namun, Hannah tidak memberikan sebarang jawapan rasmi mengenai perubahan imejnya itu.

Diruangan komen juga pelakon yang berasal dari Singapura itu hanya membalas ucapan terima kasih kepada rakan-rakan artis yang memuji imej baharunya.

Malah, ada peminat yang mendoakan supaya Hannah terus istiqamah dalam perubahan imejnya dan dibalas amin oleh pelakon tersebut.

Sebelum ini juga beberapa artis yang mengubah penampilan ke berhijab juga menjadikan akaun Instagram masing-masing cara untuk memberitahu peminat mereka. -SM

(Visited 385 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button