NasionalNegeriPendidikan

1, 880 pelajar B40 POLIMAS Jitra teruja terima peranti percuma

SEBANYAK 1,880 pelajar B40 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah teruja setelah diberi peranti siswa percuma oleh kerajaan baru-baru ini.

Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia ini diberikan di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pelajar POLIMAS sedang menunggu untuk pendaftaran penyerahan peranti siswa.

Inisiatif ini diadakan untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam keluarga kelompok B40 bagi memastikan proses pengajaran mahasiswa terus terpilihara.

Bagi tujuan ini pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan RM450 juta disamping komitmen syarikat telekomunikasi menyumbang RM65 juta.

Pelajar Diploma Akauntansi, Syadyna Safia Sumardy berkata, “Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan ke atas pemberian tablet ini,”.

Pelajar POLIMAS sedang beratur menunggu giliran pendaftaran.

Beliau berkata, peranti ini akan memudahkan dia menjalankan tugas sebagai pelajar dan akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Nurul Anis Asri pula melahirkan rasa gembira dan amat bersyukur dengan penerimaan peranti siswa ini.

“Ia dapat meringankan bebanan keluarga saya dari golongan B40 setelah peranti ini diperoleh dengan percuma.

Khairul Nisha Nur Amani Khairul Muzamir pelajat Diploma Kejuruteraan Awam pula melahirkan perasaan teruja untuk menggunakan tablet yang telah diberi untuk tujuan pembelajaran.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, POLIMAS, Dr Md Azmin Mat Seman berkata, pelajar POLIMAS seharusnya menghargai pemberian peranti ini.

“Peranti diberikan oleh pihak kerajaan bagi membantu pelajar-pelajar dalam kelompok B40 yang kurang mampu untuk tujuan pembelajaran di kampus,” katanya.

Sehubungan itu katanya, para pelajar diseru menggunakan sebaik-baiknya peranti dan tidak sekali-kali menyalahgunakannya.

Menurut beliau lagi, para pelajar perlulah menanam tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan dengan bergraduat dengan segulung diploma.

Katanya lagi, “Tidak timbul lagi selepas ini isu tidak berkemampuan untuk membeli peranti kerana pihak kerajaan telah memberikan peranti secara percuma dengan kualiti yang tinggi”.

Beliau berkata demikian ketika membuat menyerahkan peranti siswa kepada pelajar di Dewan Sri Mas, POLIMAS baru-baru ini.

Turut serta bersama dalam majlis penyerahan tersebut,  Pegawai Kebajikan Hal Pelajar, Md Hilmy Sulaiman. – SM

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button