Politik

Muhammad Sanusi beri jaminan pemerintahan berhemah

MENTERI Besar Kedah yang baharu, Muhammad Sanusi Md Nor memberi jaminan bahawa kerajaan baharu di bawah Parikatan Nasional (PN) akan menjalankan pemerintahan berhemah.

Katanya, pemerintahan kerajaan baharu itu akan dilaksanakan secara adil dan saksama kepad semua pihak.

Kerajaan negeri juga kata beliau, akan sentiasa komited untuk bekerjasama dengan seluruh jentera kerajaan Persekutuan dalam mengurus tadbir negeri.

Ini katanya, mengikut prinsip-prinsip sistem federalisme dengan mengatasi sebarang masalah dan menenuhi keperluan rakyat.

“Bagi pihak Perikatan Nasional (PN) negeri Kedah dan kerajaan negeri, saya ingin
mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang juga Presiden Bersatu; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh pimpinan parti-parti komponen PN yang memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengambil alin pentadbiran negeri Kedah,” kata dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Alor Setar hari ini.

Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Wisma Darul Aman, di sini menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatan selepas hilang sokongan majoriti ADUN.

Muhammad Sanusi, 46, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, 3.05 petang ini pada majlis yang berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.

Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button