BeritaPolitik

MP UMNO dibayar?

Tun Dr. Mahatir Mohamad hanya memerlukan 30 ahli parlimen dari UMNO untuk menyokong beliau kekal sebagai Perdana Menteri dan sekaligus menggagalkan sebarang usaha untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadap beliau.

Dalam hal ini ahli-ahli parlimen berkenaan tidak perlu keluar parti menyertai Bersatu kerana mereka hanya perlu menyatakan sokongan dan itu sudah cukup membantutkan usaha kem Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan agenda menyingkirkan Mahathir.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Azmin Ali sebagai broker dari dua pihak ini dikatakan dijanjikan jawatan tertinggi di dalam kerajaan apabila Dr. Mahathir berundur kelak. Sama ada Hishammuddin sebagai perdana menteri dan Azmin sebagai timbalan perdana menteri atau sebaliknya ia bergantung kepada sokongan semasa.

Setakat ini selepas tersebar video lelaki mirip Azmin berhubungan badan secara songsang dengan seorang lelaki, Azmin terpaksa beralah memberi laluan kepada Hishammuddin sebagai perdana menteri dan Azmin akan memegang jawatan timbalan sahaja.

Jadi apabila segerombolan ahli parlimen UMNO berkumpul di rumah Azmin malam tadi ia memang tidak mengejutkan tetapi ia amat mengecewakan orang UMNO yang lain terutama para penyokong di peringkat akar umbi apabila menyaksikan betapa tidak bermoral dan berprinsipnya pemimpin mereka di peringkat atasan.

Ramai yang mempersoalkan ketaatan para pemimpin berkenaan kepada parti. Apakah membuatkan mereka sanggup menggadaikan kepercayaan penyokong yang ditunjukkan baharu saja pada pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Ada yang mengatakan mereka ini dibayar secara berkala setiap bulan dengan jumlah tertentu untuk memastikan kesetiaan ini terus terangkul.

Dan jika ini benar ia sangat mengecewakan dan jelas membuktikan majoriti pemimpin atasan UMNO belum lagi insaf serta tamak dalam membuat percaturan politik.

Mereka juga tidak memikirkan apakah perasaan rakan-rakan mereka di dalam Muafakat Nasional yang baharu sahaja dimeterai dan dipereratkan. Mereka sanggup bersekongkol dengan pihak lawan semata-mata tamakkan laba dan pangkat.

Mereka sedar UMNO tidak akan memecat mereka, walaupun Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Lokman Noor Adam telah melaporkan perkara ini kepada jawatankuasa disiplin parti. UMNO sendiri dalam keadaan rapuh tidak akan dapat mengambil tindakan terhadap segerombolan ahli parlimen terbabit.

Langkah-langkah sumbang yang dilakukan oleh para pemimpin ini akan mengelirukan para penyokong dan ia akan menggembirakan pihak lawan. Bayangkan apabila mereka hadir sahaja senarai ahli parlimen terbabit telah tersebar di dalam media sosial tidakkah ia satu perangkap dan para pemimpin ini telah terjebak dalam perangkap yang dipasang tanpa mereka sedari atau sengaja dilakukan walaupun sedar kemungkinan ada jerangkap samar.

Hishammuddin juga dikatakan broker yang membawa pemimpin UMNO Sabah menyertai Bersatu. Politik sebeginilah membuatkan para penyokong sebelum ini bosan dan akhirnya memilih pihak lain untuk memerintah negara ini. Ketika keyakinan mereka kembali bahawa para pemimpin telah insaf kini mereka dikhianati lagi.

 

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button