Uncategorized

Mufti Perak positif Covid-19

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Perak.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selain meminta agar semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani.

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Mohon doa dari semua.

“Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB. Berkenaan (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, (maka) itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas mengenai mesej WhatsApp yang tular mendakwa Harussani dijangkiti wabak itu.

Mesej terbabit antara lain menyatakan Harussani disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen namun dalam keadaan beliau masih sedar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim melalui hantaran di Facebook pada 12 Mei lalu turut memuat naik mengenai keadaan Harussani.

“Saya mendapat maklumat Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan dan isteri beliau positif Covid-19, sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Raja Bainun, Ipoh. Sama-sana kita berdoa agar Allah pelihara kedua-dua insan yang kita kasihi ini,” tulisnya.

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button