Nasional

Covid: 11 kematian, kes sembuh mengatasi kes baharu

JUMLAH kematian akibat Covid-19 masih lagi tinggi dengan 11 kematian direkodkan hari ini. Jumlah tersebut sama dengan bilangan kematian semalam berbanding tujuh kes kematian kelmarin. Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 kini berjumlah 689 kes.

Bilangan pesakit yang sembuh mengatasi kes baharu untuk hari ketiga berturut-turut. Hari ini sejumlah 3,638 kes sembuh berbanding 3,048 kes baharu yang direkodkan.

Selangor masih mencatatkan kes paling tinggi iaitu 1,035 kes berbanding 950 kes semalam.

Johor mengambil kedudukan Sabah sebagai negeri kedua tertinggi bilangan kes baharu berbanding semalam. Hari ini Johor mencatatkan 529 kes baharu mengatasi jumlah kes baharu semalam iaitu 378.

Sabah menjadi negeri ketiga mencatatkan kes tertinggi iaitu 348 kes baharu berbanding 431 kes semalam.

Negeri yang mencatatkan pertambahan berbanding semalam:

Melaka – 90 (semalam 152)
Pulau Pinang – 110 (semalam 90)
Kelantan – 89 (semalam 77)
Kedah – 74 (semalam 38)

Negeri yang mencatatkan penurunan berbanding semalam:

Labuan – 0 (semalam 49)
Kuala Lumpur – 305 (semalam 390)
Putrajaya – 22 (semalam 108)
Sarawak – 120 (semalam 255)
Terengganu – 79 (semalam 179)
Pahang – 46 (semalam 63)
Perlis – 3 (semalam 3)

Kes pesakit yang diletakkan dalam unit rawatan rapi pula turun kepada 261 kes berbanding 265 kes semalam.

Manakala bilangan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan turun kepada 101 orang berbanding 102 kes semalam.

Keseluruhan jumlah kes aktif terus berkurangan kepada 41,076 kes berbanding 41,677 semalam, 42,769 kes kelmarin dan 42,814 kes hari sebelumnya.

 

 

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button